NADI – MAHIR: Mahir Masak dan Mahir Fotografi Minggu 19
19 Mei 2026 | Aktiviti Terkini18 - 22 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 19. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan seorang peserta mahir fotografi. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Modul Pembuatan Burger - memberi pendedahan asas tentang jenis-jenis burger seperti burger daging, ayam, ikan dan burger special. Peserta akan mempelajari cara menyediakan bahan, teknik membentuk patty, penyediaan sos, serta kaedah memasak yang betul bagi menghasilkan burger yang sedap dan berkualiti. Selain itu, modul ini turut menerangkan cara penyediaan roti, susunan bahan, penjagaan kebersihan makanan dan asas pembungkusan untuk jualan. Latihan ini sesuai untuk individu yang ingin memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.
Modul Content Creation - memberi pendedahan berkaitan asas penciptaan kandungan digital yang menarik dan berkesan. Peserta akan mempelajari penggunaan SEO bagi meningkatkan capaian kandungan, teknik menghasilkan idea kreatif, serta penggunaan hook yang menarik perhatian penonton pada awal video atau posting. Selain itu, modul ini turut menerangkan creator checklist sebagai panduan menghasilkan kandungan yang lebih tersusun, berkualiti dan konsisten. Latihan ini sesuai untuk usahawan, pelajar dan pencipta kandungan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: